Harian Metro

Kolar satelit jejak Pigmy

 Kesan kedudukan gajah keluar dari hutan hampiri kawasan ladang

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Pergerakan­nya harus dipantau termasuk untuk melihat keluasan kawasan mereka

bergerak Augustine

Tuuga

Kira-kira 2,000 populasi gajah spesies Pigmy Borneo ada di negeri ini dan daripada jumlah itu 20 dipasang kolar satelit untuk mengesan kedudukan haiwan berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, gajah itu berada di beberapa kawasan termasuk Kinabatang­an, Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

“Ketika ini ada lebih 2,000 gajah Pigmy Borneo di sekitar hutan di Sabah dan 20 daripadany­a dipasang kolar satelit sejak 10 tahun lalu.

“Ia bertujuan menjejak lokasi gajah ini selain sebagai amaran awal sekiranya kami lihat kumpulan haiwan berkenaan keluar dari hutan menghampir­i kawasan ladang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Augustine berkata, gajah berkenaan bergerak secara berkumpula­n dan pergerakan­nya harus dipantau termasuk untuk melihat keluasan kawasan mereka bergerak.

“Data itu kami perlukan untuk mengawal pergerakan gajah supaya tidak sampai ke ladang. Keluasan pergerakan mereka perlu diambil sejauh mana mereka bergerak.

“Setakat ini, semua gajah itu dilepaskan di kawasan hutan simpan jauh dari kawasan ladang atau pertanian bagi mengelak daripada berlaku konflik dengan manusia,” katanya.

Bagaimanap­un, ada juga sebahagian gajah ini akan terlepas masuk ke ladang, namun JHL sentiasa memantau pergerakan mereka termasuk menghantar semula dalam hutan.

“Contohnya, baru-baru ini ada gajah yang dihantar ke hutan simpan di Ulu Segama selepas didapati berada di Telupid,” katanya.

Augustine berkata, JHL banyak melaksanak­an usaha mengawal konflik gajah dan manusia di negeri ini termasuk mewujudkan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi pelbagai kajian, kami turut bekerjasam­a dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Borneo Conservati­on Trust (BCT) dalam memulihara dan memelihara gajah di negeri ini,” katanya.

Katanya, bagi mengurangk­an kesan konflik yang wujud itu, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menerusi JHL Sabah mewujudkan pelan tindakan untuk pemulihara­an tiga jenis haiwan yang dikategori­kan sebagai haiwan terancam.

Antara pelan itu adalah Pelan Tindakan Badak, Orang Utan dan Gajah. Semua pelan itu menyenarai­kan strategi dan tindakan yang perlu diambil dalam tempoh lima tahun bagi memastikan badak Sumatera, orang utan dan gajah tidak pupus.

 ?? FOTO: MALAI ROSMAH TUAH DAN EDMUND SAMUNTING ?? GAJAH Pigmy di Taman Hidupan Liar Zoo Lok Kawi.
FOTO: MALAI ROSMAH TUAH DAN EDMUND SAMUNTING GAJAH Pigmy di Taman Hidupan Liar Zoo Lok Kawi.
 ??  ?? KELETAH gajah Pigmy Borneo, Joe menarik perhatian pengunjung di Taman Hidupan Liar Zoo Lok Kawi.
KELETAH gajah Pigmy Borneo, Joe menarik perhatian pengunjung di Taman Hidupan Liar Zoo Lok Kawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia