Harian Metro

‘Jangan dibuai kemenangan’

-

Brighton: Pep Guardiola berkata, Manchester City tidak akan terleka dengan kemenangan 2-0 ke atas pendatang baru Brighton pada aksi pertama kerana masih merasai kepedihan pengalaman musim lalu.

Musim lalu, City menang 10 perlawanan awal berturut-turut dalam semua kejohanan bermula dengan kemenangan ke atas Sunderland di laman sendiri namun masih pulang dengan tangan kosong.

“Kami juga menjadi pasukan pilihan musim lalu,” kata Guardiola.

“Saya duduk di sini selepas perlawanan menentang Sunderland dan anda katakan: ‘Kamu adalah pasukan pilihan, paling cantik, paling kacak dan terbaik di liga ini’. Anda tahu apa yang berlaku? Selepas itu, Chelsea meranapkan peluang kami.

“Jadi, tidak mengapa, kita terima apa yang dikatakan orang. Sama ada kami pasukan pilihan atau tidak adalah tugas anda untuk bercakap mengenainy­a, bukan kami. Saya tidak boleh mengawalny­a. Namun, saya sudah biasa dengannya. Saya pernah menjadi pengurus Barcelona dan Bayern Munich jadi saya boleh mengawal situasi ini.

“Musim lalu kami berada di tempat ketiga dan orang bercakap ia satu malapetaka. Kami akan cuba perbaikiny­a. Musim lalu kami adalah pasukan sederhana dan jujur. Kami bermain dengan niat yang baik, tetapi itu tidak mencukupi. Kami akan cuba musim ini, jika tidak musim depan.”

City menang dengan aksi lebih meyakinkan berbanding keputusan perlawanan itu, biarpun mereka perlu menunggu sehingga minit ke-70 untuk membuka jaringan menerusi Sergio Aguero.

Lima minit kemudian jaringan Lewis Dunk ke gawang sendiri memuktamad­kan keputusan perlawanan.

Ia sesuatu yang melegakan selepas permulaan kurang meyakinkan daripada pencabar gelaran iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea, malah tiga pertahanan­nya jarang berdepan masalah.

“Perlawanan pertama sentiasa menyulitka­n. Kita pernah bercakap mengenainy­a - kita melihat apa yang berlaku kepada Liverpool danWatford, juga Chelsea itulah Liga Perdana.

“Di sini setiap perlawanan adalah peperangan dan dari pengalaman saya - di Barcelona juga - memang sukar berdepan kelab pendatang baru. Mereka mempunyai semangat, peminat dan tidak berdepan sebarang tekanan.” - AFP

 ??  ?? AGUERO (kanan) ledak gol pertama Citizens ketika menewaskan Brighton, kelmarin.
AGUERO (kanan) ledak gol pertama Citizens ketika menewaskan Brighton, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia