Harian Metro

Jangan takut mencuba

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Pada usia 18 tahun Abby nekad jelajah dunia bersendiri­an!

Tanyalah sesiapa pun, keluar melancong atau mengembara menjadi antara perkara yang ingin dilakukan. Namun, berjauhan dengan keluarga membuatkan ada antara kita takut untuk mencuba.

Bagi Abby Math, gadis Australia yang baru berusia 18 tahun, baginya keluar mengembara secara solo seawal usia sebegini mampu meningkatk­an keyakinan seseorang.

DAH JADI TREND

“Untuk remaja Australia, mengembara boleh dianggap satu perkara yang biasa bagi kami. Kebanyakan dah keluar mengembara seawal usia 20 tahun. Saya boleh dikategori­kan ‘awal dan muda’, mula dari umur 18 tahun.

“Daripada apa yang saya tahu, ramai yang memulakann­ya dengan mengeskplo­rasi di negara Asia Tenggara contohnya Bali, Indonesia atau pulau di Thailand. Salah satu sebab kerana murah dan jarak tidak terlalu jauh untuk pulang,”katanya.

Abby tidak menafikan, mengembara kini boleh dianggap sebagai satu trend, tetapi baginya sendiri setiap orang perlu tahu apa yang mereka mahukan dari setiap perjalanan.

“Kalau dijadikan trend, kita tak akan dapat apa yang kita cari. Lebih kepada untuk ikut trend dan rasa ‘best keluar’. Itu pendapat saya. Oleh itu, ada yang sanggup buat pinjaman wang di bank semata-mata untuk mengembara,” katanya.

MUDA BUKAN ALASAN

Abby berkata, umur bukan alasan untuk dia ketepikan keinginan melihat negara orang. Dia yang juga pelajar dalam bidang kedoktoran berkata, seawal usia 15 tahun dia berazam mengembara sendirian pada usia sekarang.

“Sejak kecil saya banyak dibawa melancong bersama keluarga, tapi kali ini saya nak lakukannya sendiri,”katanya.

Ditanya bagaimana dia memperoleh wang, Abby menjelaska­n, selepas tamat sekolah, dia bekerja hampir setahun untuk mengumpul wang.

BERJAUHAN 14,000 KILOMETER

“Banyak hal baru saya belajar daripada perjalanan kali ini. Daripada menumpang kereta orang di tengah jalan, tidur di dalam khemah bersama rakan yang baru jumpa, kenal ratusan orang daripada latar belakang berbeza memang menarik.

“Walaupun berjauhan lebih 14,000 kilometer dari keluarga, saya masih rasa seperti di negara sendiri. Keramahan dan budi baik orang di sekeliling saya cukup bermakna,” katanya.

Abby berkata, jangan takut untuk mengembara. Jangan takut untuk bertanya, pasti ada jalan jika bersungguh-sungguh lakukan apa yang anda suka.

Dia kini berada di Bulgaria dalam misi melengkapk­an kembara solonya di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat sehingga Februari tahun depan.

 ??  ?? ABBY dan penulis di sempadan Bosnia-Montenegro , Crna Gora.
ABBY dan penulis di sempadan Bosnia-Montenegro , Crna Gora.
 ??  ?? ABBY ketika pertama kali 'hitchhikin­g'.
ABBY ketika pertama kali 'hitchhikin­g'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia