Harian Metro

Kayuhan sebar mesej bersatu padu

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Projek57 Unity Ride ajak anak muda babitkan diri dalam aktiviti berbentuk perpaduan

Seawal jam 7 pagi, ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyertai acara berbasikal mengelilin­gi Kuala Lumpur bersempena sambutan

Projek57 Unity Ride yang dilancarka­n Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan Pengarah Eksekutif Eco World Developmen­t Group Berhad Liew Tian Xiong.

Kumpulan kayuhan diketuai pengasas Projek57 Unity

Ride, Collin Swee dan Syed Sadiq Albar itu memulakan perjalanan pada 6 Ogos dan berakhir 16 September 2017.

Mereka terdiri daripada selebriti dan rakan kongsi yang turut mempunyai misi sama iaitu melakukan kayuhan sejauh 57 kilometer ke perhentian pertama di IOI City Mall Putrajaya. Ia diadakan serentak dengan pelancaran kad Touch N’ Go Cares di The Symphony Walk.

Sebagai sebahagian daripada acara, penunggang basikal akan berkunjung ke kampung dan pekan kecil di Malaysia bagi mengajak anak muda dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah membabitka­n diri dalam aktiviti berbentuk perpaduan atau acara komuniti.

Di setiap perhentian mereka akan menghurai cerita mengenai harapan, perpaduan, ikatan dan hubungan persaudara­an yang terbina dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Syed Sadiq Albar, dia sangat terharu dengan sambutan orang ramai bagi acara ini. Ini kerana mereka terdiri daripada berbilang kaum dan usia. Ia menggambar­kan betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bersamasam­a menjaga kemajmukan untuk negara tercinta.

Menerusi inspirasi dan kata-kata Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman, masa depan negara bergantung kepada jumlah kebaikan yang ditunjukka­n bersama.

Presiden dan Ketua

Pegawai Eksekutif Eco World Developmen­t Group Berhad Datuk Chang Khim Wah berkata, acara kayuhan ini bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk ikut serta.

“Kami berbesar hati menjadi rakan kongsi untuk Projek57 Unity Ride ini. Menjelang

Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia, ini adalah satu acara menarik yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dan menyebarka­n mesej harapan demi negara yang lebih bersatu padu.

“Kami juga berbangga menjadi tuan rumah untuk aktiviti Projek57 Unity Ride di EcoWorld Gallery @ Eco Botanic, Johor dan Galeri EcoWorld @ MacAlister, Pulau Pinang. Kami mengalualu­kan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk menyertai kami dalam perayaan ini sambil menghormat­i tahun kemerdekaa­n negara kita yang ke-60 serta berbangga menjadi rakyat Malaysia, “katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir, menemui semula aspirasi dan cita-cita nenek moyang yang membayangk­an Malaysia pada 1957 dan sekarang sebagai sebuah negara yang berjaya dengan kepelbagai­an warganya.

“Kami berkongsi sentimen yang sama dengan Projek57 untuk mewujudkan keperluan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Kami bangga menyokong inisiatif ini,” katanya.

Kempen ini adalah salah satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat Touch ‘n Go dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat dengan memberi bantuan kepada rakan perusahaan dan juga demi menyokong usaha Projek57 Unity Ride dalam menggalakk­an kesatupadu­an dalam diri warga Malaysia.

“Selain itu, TNGSB juga sentiasa menggalakk­an gaya hidup sihat termasuk aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan. Kami percaya badan yang sihat, akan menghasilk­an minda yang cerdas, seterusnya akan meningkatk­an kadar produktivi­ti,” katanya.

 ??  ?? PESERTA teruja meneruskan kayuhan di setiap lokasi yang diberikan.
SEMUA peserta berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum acara dimulakan.
PAMERAN mengenai kemerdekaa­n turut diadakan.
PESERTA teruja meneruskan kayuhan di setiap lokasi yang diberikan. SEMUA peserta berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum acara dimulakan. PAMERAN mengenai kemerdekaa­n turut diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia