Harian Metro

Pelbagai khasiat daun kari

-

Pokok kari atau nama saintifikn­ya murraya koenigii antara tanaman yang tidak asing lagi bagi masyarakat tempatan.

Tumbuhan tropikal yang berasal dari India dan Sri Lanka itu tergolong dalam keluarga rutaceae.

Tanaman berkenaan adalah sejenis pokok kecil yang mampu membesar sehingga sekitar enam meter tinggi dengan diameter batang mencecah 40 sentimeter.

Ciri daunnya pula adalah pinat (pinnate) iaitu majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis.

Setiap rakis mempunyai 11 hingga 21 daun dengan setiap daun berukuran dua sentimeter lebar dan empat sentimeter panjang.

Pokok kari juga mengha- silkan bunga kecil berwarna putih yang melalui proses pendebunga­an sendiri dan menghasilk­an biji benih berbentuk beri berwarna hitam.

Walaupun pulpa beri yang mempunyai rasa manis seperti ubat itu dipercayai boleh dimakan namun, ia jarang digunakan dalam masakan.

Komponen pokok yang sering digunakan dan sinonim dalam kehidupan seharian adalah daun, akar dan kulit kayu.

Daun kari yang memiliki aroma tersendiri dijadikan bahan masakan khususnya untuk hidangan ala India seperti gulai kari.

Selain itu, ia turut dimanfaatk­an untuk tujuan kesihatan terutama bagi pengamal Ayurveda kerana dipercayai mempunyai kelebihan seperti anti diabetes dan anti oksida selain berupaya melindungi hati daripada kerosakan.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidra­t, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu menciptaka­n pelbagai produk lain seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.

Di samping itu, akar pokok kari turut digunakan untuk merawat sakit badan manakala kulit kayu digunakan untuk menyembuh kesan gigitan ular.

 ??  ?? KOMPONEN pokok kari yang paling banyak digunakan adalah daun, akar dan kulit kayu kerana mengandung­i pelbagai khasiat dan vitamin.
KOMPONEN pokok kari yang paling banyak digunakan adalah daun, akar dan kulit kayu kerana mengandung­i pelbagai khasiat dan vitamin.
 ??  ?? CIRI daun kari adalah majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis.
CIRI daun kari adalah majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia