Harian Metro

Malang ke mahkamah

Tujuh anggota polis, 4 OKT, pemandu dan penumpang Hilux cedera dalam kemalangan

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Sebuah kereta peronda (MPV) polis membawa empat orang kena tuduh (OKT) terbabit kemalangan selepas mengelak Toyota Hilux yang terbabas di Kilometer 123.4, Lebuhraya PLUS arah Yong Peng-Pagoh, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian jam 8.40 pagi itu mengakibat­kan tujuh anggota polis, empat OKT dan pemandu serta penumpang Toyota Hilux berkenaan cedera.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Muar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Semua anggota polis dan OKT cedera ringan manakala pemandu van tersepit di tempat pemandu dan patah kaki.

“Seorang anggota berpangkat sarjan juga disyaki patah kaki dan ditahan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahka­n kemalangan membabitka­n tiga kenderaan itu, semalam.

Katanya, pemandu Hilux bersama penumpang yang juga saksi kepada OKT dibawa dalam perjalanan ke tempat sama. Beliau berkata, bagaimanap­un, empat OKT berkenaan selamat dibawa ke mahkamah bagi menghadiri kes bicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Semua OKT diberikan rawatan sewajarnya dan mereka selamat dibawa ke Mahkamah Tingi Muar.

“Semua OKT diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom Kluang dan mereka dibawa ke Penjara Simpang Renggam semula selepas kes bicara ditangguhk­an pada September ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEMALANGAN tiga kenderaan yang dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Muar, semalam.
KEMALANGAN tiga kenderaan yang dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Muar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia