Harian Metro

Abang berubah sikap sebelum ‘pergi’

-

“Abang tidak menemani ibu sehingga ke pagar rumah selain melambai seperti kebiasaan. Perubahan itu disedari ibu, tetapi tidak menyangka ia petanda abang akan pergi selama-lamanya,” kata Muhammad Syawal Farhan Mohd Noh, 20, adik kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM yang meninggal dunia akibat kemalangan, kelmarin.

Laskar Kelas 2 Mohd Nur Hakim, 26, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh belakang treler rosak yang berhenti di lorong kece- masan di Kilometer 279.7, Lebuhraya PLUS arah utara, dekat susur Nilai.

Pada kejadian jam 8.40 malam, mangsa yang menunggang Yamaha LC dari Bandar Seri Jempol dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Markas Wilayah Udara 1, Kuala Lumpur.

Muhammad Syawal Farhan berkata, kejadian menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu diketahui selepas kakaknya menghubung­inya, jam 9 malam sebelum mereka bergegas ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA tentera mengangkat jenazah Mohd Nur Hakim selepas dibedah siasat. KEADAAN di lokasi nahas, kelmar in .
ANGGOTA tentera mengangkat jenazah Mohd Nur Hakim selepas dibedah siasat. KEADAAN di lokasi nahas, kelmar in .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia