Harian Metro

Rugi RM100,000 angkara SMS tipu

-

Disebabkan terpengaru­h dengan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan dia menang hadiah wang tunai RM5,000, seorang suri rumah di Gua Musang kerugian sehingga RM100,000.

Wanita berusia 38 tahun itu hilang wang simpananny­a selepas terpedaya dengan tawaran syarikat telekomuni­kasi, bulan lalu.

Difahamkan, dia menerima SMS tawaran hadiah itu jam 2.48 petang, 15 Julai lalu dan cuba menghubung­i nombor telefon disertakan untuk kepastian, namun tidak dijawab.

Dua hari kemudian (17 Julai), mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor berkenaan dan diarah ke bank untuk menuntut hadiah berkenaan.

Ketika berurusan di mesin wang automatik (ATM), dia diarahkan melakukan pemindahan wang ke satu akaun terlebih dulu membabitka­n nilai RM30,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superinten­dan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, ketika pemindahan dilakukan, individu terbabit (dihubungi menerusi telefon) memberitah­u mangsa tidak perlu bimbang kerana wang dipindahka­n diperoleh kembali dengan nilai gandaan.

“Pada sebelah malam dan keesokanny­a, mangsa diarah melakukan pemindahan dalam akaun yang sama dengan anggaran nilai RM70,000.

“Bagaimanap­un, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Gua Musang pada 19 Julai lalu,” katanya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia