Harian Metro

24,739 gagal jelas tunggakan sewa PPR, PA, tapak niaga

-

Seramai 16,634 bekas penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) serta 8,105 bekas penyewa pusat penjaja dan pasar berbanguna­n DBKL berhadapan dengan tindakan undang-undang yang akan dikenakan oleh pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusof berkata, ia berpunca daripada kegagalan mereka untuk menjelaska­n tunggakan sewa rumah PA dan PPR dan premis perniagaan.

“Manakala 2,600 penyewa kediaman PA dan PPR bakal menerima tindakan tegas mahkamah kerana kedegilan mereka untuk membayar sewa bulanan.

“Selain tindakan undang-undang, DBKL turut menyenarai hitam bekas penyewa berkenaan yang boleh menyebabka­n mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n perkhidmat­an daripada mana-mana agensi kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di Menara 1 DBKL, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia