Harian Metro

Patah cubaan seludup balak

-

Kecekapan anggota Unit Penguatkua­sa (UPK) Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mematahkan cubaan dua lelaki untuk memindahka­n 16 kayu balak pelbagai jenis bernilai lebih RM7,000 secara haram menggunaka­n lori di Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan dekat Semambu, 7.30 malam kelmarin.

Penolong Pengarah Kanan UPK Pahang Timur Zahariah Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menyiasat lokasi asal balak jenis meranti sarang punai, meranti tembaga, merawan dan mensawa itu ditebang sebelum dipindahka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia