Harian Metro

Awang Adek Pengerusi MARA

-

Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, 62, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu berkuat kuasa 1 September depan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat persetujua­n daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki Datuk Dr Awang Adek, beliau akan dapat memimpin MARA dalam melaksanak­an dasar dan perancanga­n oleh kementeria­n demi mencapai objektif Transforma­si Negara,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Awang Adek adalah bekas Timbalan Menteri Kewangan (2006 hingga 2013), bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2004 hingga 2006).

 ??  ?? AWANG Adek
AWANG Adek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia