Harian Metro

Waspada walaupun jinak

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Orang ramai termasuk nelayan yang tersempak dengan yu paus di perairan Dungun diminta tidak mengganggu­nya kerana dibimbangi ia bertindak balas menjadi ganas.

Pengarah Bahagian Penyelidik­an Penyu dan Spesies Marin Terancam, Pusat Penyu dan Ekosistem (TUMEC) Rantau Abang Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata, setiap tahun memang spesies itu bermain di sepanjang pantai Rantau Abang hingga ke Sura Hujung termasuk ke perairan Kemaman.

“Setiap tahun ia datang mencari makan di perairan kita sebelum ini tetapi kami tidak sempat merakam kehadirann­ya. Spesies ini jinak dan cepat mesra dengan manusia.

“Yu paus memang jinak dan tidak mendatangk­an bahaya kepada manusia dan penyelam gemar bermain dengannya setiap kali menemuinya, tetapi kita masih perlu berhati-hati,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dua yu paus muncul tiga jam di Pantai Sura Hujung, di sini, pada 7 Ogos minggu lalu.

Kemunculan yu paus 100 meter dari daratan itu disedari peniaga ikan di kawasan berkenaan.

Menurut Syed Abdullah, udang geragau, bilis dan anak ikan menjadi makanan kegemarann­ya dan spesies yu itu boleh datang hampir ke darat kerana tahu sumber makanannya banyak bermain di tepi pantai.

“Kebiasaann­ya, turut bersama spesies yu terbabit mencari makan berhampira­n pantai ialah spesies aru- an tasik,” katanya.

Sementara itu, Pengawai Penyelidik TUMEC Mohd Tarmimi Ali Ahmad berkata, dia menjumpai mamalia itu pada 8 Ogos lalu.

Menurutnya, dia merakam yu paus di perairan Pantai Rantau Abang selepas menerima aduan daripada nelayan tempatan mengenai kehadiran mamalia itu.

Katanya, dia meminta bantuan dua nelayan membawanya menghampir­i yu mencari makanan di tepi pantai itu yang kebetulan ketika itu banyak udang baring di situ.

 ??  ?? MOHD Tarmimi menunjukka­n tempat dia menemui yu paus.
MOHD Tarmimi menunjukka­n tempat dia menemui yu paus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia