Harian Metro

Dentuman jam 7.30 pagi

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

 Pemandu buka ikatan maut ditimpa balak

Seorang pemandu lori menemui ajal selepas dihempap balak ketika membuka ikatan rantai besi kayu balak dipandunya di sebuah kilang papan di Chaah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa, Yaw Wu Chun menurunkan kayu balak di kilang pemprosesa­n kayu bergergaji di Kampung Kangkar 2, Chaah.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati beberapa saksi memaklumka­n mendengar bunyi dentuman kuat di kilang itu.

“Ketika itu, mereka melihat badan mangsa dihempap kayu balak sebesar pemeluk lelaki dewasa.

“Mangsa kemudian dilaporkan saksi mati di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan, kaki dan kepala,” katanya ketika ditemui bagi mengesahka­n mengenai kemalangan membabitka­n pemuda berkenaan, semalam.

Katanya, berikutan itu mayat dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

“Waris mangsa dipercayai berasal dari Temerloh, Pahang dimaklumka­n mengenai kejadian bagi menuntut ahli keluargany­a itu,” katanya.

Kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut dan saksi kejadian diminta menghubung­i IPD Segamat di nombor 07-9324222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, saksi di lokasi kejadian yang juga pekerja kilang papan dikenali sebagai Foo Ann Seng, 40-an berkata, terdapat sembilan balak lagi di atas lori ketika kejadian berlaku namun tidak jatuh ke atas badan mangsa.

Katanya, dia hanya menyedari kejadian itu sejurus mendengar bunyi kuat yang disangka guruh.

“Kebetulan hari mendung dan hujan renyai selain hanya mampu menjerit meminta pertolonga­n kepada rakan lain ketika itu,” katanya.

 ??  ?? LORI dipandu mangsa sebelum balak menghempap­nya ketika ikatan rantai besi dibuka.
LORI dipandu mangsa sebelum balak menghempap­nya ketika ikatan rantai besi dibuka.
 ?? Raub Selamat ?? YAW Ketika itu, mereka melihat badan mangsa dihempap kayu balak sebesar pemeluk lelaki dewasa”
Raub Selamat YAW Ketika itu, mereka melihat badan mangsa dihempap kayu balak sebesar pemeluk lelaki dewasa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia