Harian Metro

Pilu seorang ibu

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Wanita hilang anak tunggal OKU maut terjatuh dari tingkat 9

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah dihadapi seorang ibu kerana bukan saja kehilangan suami lima tahun lalu, tetapi menerima berita duka apabila anak tunggalnya maut terjatuh dari tingkat sembilan Apartmen Bistari Impian, Jalan Serantau, Larkin, pagi semalam.

Kejadian jam 8.45 pagi itu merentap naluri keibuan wanita berusia 53 tahun apabila melihat mayat anak lelakinya yang berusia 19 tahun sudah tidak bernyawa akibat terjatuh dari bangunan yang didiami mereka sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, kejadian meragut nyawa remaja orang kurang upaya (OKU) berkenaan dimaklumka­n pengurusan apartmen berkenaan.

Katanya, mangsa yang juga warga Singapura tinggal bersama ibunya berusia 53 tahun manakala bapanya sudah

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN mayat remaja yang maut terjatuh dari tingkat sembilan Apartmen Bistari Impian, Jalan Serantau, Larkin, pagi semalam
KEADAAN mayat remaja yang maut terjatuh dari tingkat sembilan Apartmen Bistari Impian, Jalan Serantau, Larkin, pagi semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia