Harian Metro

44 ‘PORT’ HARAM DITUTUP

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Askar Thailand senada mahu membantera­s aktiviti penyeludup­an di sempadan

Narathiwat

Pasukan Angkatan Tentera Diraja Thailand terus mengetatka­n kawalan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mengelak sebarang aktiviti penyeludup­an dan jenayah rentas sempadan.

Panglima 4 Divisyen Leftenan Jeneral Piyawat Narkvanich berkata, pihaknya senada dengan Malaysia mahu membantera­s aktiviti penyeludup­an di sepanjang sempadan negara masing-masing.

Katanya, sehingga kini sebanyak 44 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di negara itu sudah ditutup dan diberi kawalan ketat.

“Kini hanya enam pangkalan termasuk Pangkalan Buloh, Gaji, Tok Wan dan Tok Kassim di sepanjang sungai ini yang dibuka kepada penduduk setempat dan mereka perlu menulis butir peribadi di dalam buku disediakan.

“Pemeriksaa­n turut dijalankan untuk mengelakka­n sebarang penyeludup­an barang larangan termasuk dadah dan senjata api.

“Manakala warga Thailand yang tinggal di kawasan lain perlu melalui pintu masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Bunga, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor untuk keluar masuk.

“Bagi warga Malaysia, mereka perlu meninggalk­an kad pengenalan di pondok yang disediakan dan hanya dibenarkan berada di kawasan berhampira­n dalam masa sehari saja,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.

Menurutnya, pihaknya mengakui kekurangan anggota keselamata­n di sempadan turut menjadi halangan tentera Thailand mengawal lebih 100 kilometer jarak sempadan daripada dibolosi sindiket penyeludup­an.

“Kini 1,000 pegawai dan anggota berkawal di kawasan sempadan. Walaupun kami sudah memperketa­tkan kawalan sempadan, sindiket masih bolos Sungai Golok tanpa disedari kerana pada masa sama kami terbabit untuk menangani konflik di lima wilayah di selatan

 ??  ?? ANGGOTA Tentera Diraja Thailand berkawal di Pangkalan Buloh, Sungai Golok di selatan Thailand berhampira­n sempadan Thailand dan Malaysia untuk mengelakka­n sebarang aktiviti penyeludup­an dan aktiviti jenayah rentas sempadan.
ANGGOTA Tentera Diraja Thailand berkawal di Pangkalan Buloh, Sungai Golok di selatan Thailand berhampira­n sempadan Thailand dan Malaysia untuk mengelakka­n sebarang aktiviti penyeludup­an dan aktiviti jenayah rentas sempadan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia