Harian Metro

Tak sempat edar dadah

-

Jertih: Dua lelaki dipercayai dalam perjalanan untuk bertemu pelanggann­ya bagi urusan pengedaran dadah ditahan polis di Besut, Ahad lalu. Hasil penahanan mereka itu, polis merampas dadah jenis heroin bernilai RM20,000 yang dipercayai untuk pasaran di sekitar kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mereka termasuk seorang petani ditahan jam 10 malam selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia