Harian Metro

Mati dipukul akibat marah anak

-

Marahkan anak, ibu yang menjadi mangsa.

Itu nasib dialami wanita warga Korea Selatan apabila menjadi mangsa dendam individu yang tidak berpuas hati dengan anaknya hingga menyebabka­n mangsa mati dipukul suspek lelaki berusia 57 tahun di di Hotel Awana Genting Highlands, Bentong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Xiang Lian Jin, 92, dikatakan bersama orang gajinya di dalam bilik hotel berkenaan sebelum bilik penginapan mereka diceroboh suspek lelaki yang juga warga Korea Selatan.

Mangsa yang juga warga emas dikatakan diacu dengan pisau oleh suspek sebelum ditumbuk dan diikat.

Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Mohamad Mansor Mohd

Nor berkata, siasatan awal mendapati suspek turut mencederak­an orang gaji mangsa sebelum menarik warga emas itu ke dalam tandas dan memukulnya.

“Ketika kejadian, anak perempuan dan cucu mangsa sudah keluar ke pusat peranginan Genting Highlands. Bagaimanap­un ketika pulang ke bilik penginapan beberapa jam kemudian, anak mangsa turut dipukul suspek menyebabka­n wanita itu cedera di bahagian badan.

“Suspek kemudian meninggalk­an tiga mangsa terbabit kira-kira jam 7 pagi semalam, dalam keadaan terikat dan wanita warga emas berkenaan dibiarkan di dalam tandas,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Genting Highlands jam 8.40 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia