Harian Metro

7 lagi suspek buat kecoh ditahan

-

Polis menahan tujuh lagi individu disyaki terbabit dalam insiden kekecohan pada

di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, di sini, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semua lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di beberapa lokasi, semalam dan kelmarin.

2.0

Forum Nothing To Hide

“Tujuh individu berkenaan ditahan di sekitar Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan jumlah tangkapan 10 orang setakat ini. Mereka direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan ke atas tiga remaja berusia 17, 18 dan 19 tahun yang ditahan sebelum ini masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia