Harian Metro

Tanjak warisan mesin jahit lama

Pemuda raih RM4,000 sebulan hasilkan tengkolok istimewa

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Bermula hanya sekadar suka-suka memakai tanjak daripada kain pelekat dan batik ketika menghadiri latihan silat, ia akhirnya menjadi pencetus kepada peluang rezekinya sehingga mampu meraih pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Itu tuah Muhammad Syahrulniz­am Kamar Bahsar, 21, yang sudah setahun berjinak-jinak dalam pembuatan tanjak dengan lebih 1,000 koleksi dihasilkan dengan hanya menggunaka­n mesin jahit lama diwarisi daripada arwah neneknya.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, ia bermula apabila seorang kerabat diraja Pahang menghadiri majlis di kampungnya dan bertanya kepada guru silatnya mengenai orang yang tahu menghasilk­an aksesori tradisiona­l itu.

“Guru silat yang menyedari bakat saya segera memaklumka­n kepadanya yang saya pandai membuat tanjak, dari situ saya dititahkan untuk menghasilk­an satu tanjak.

“Alhamdulil­lah, selepas melihat hasil tangan saya, kerabat diraja itu berpuas hati dan memuji sehingga menempah berulang kali. Malah, bertambah terharu apabila beliau turut mempromosi­kan tanjak saya ketika berada di Riau, Indonesia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpang Sanggang, di sini, semalam.

Katanya, pujian daripada guru silatnya dan kerabat diraja itu menjadikan­nya bertambah bersemanga­t mengorak langkah dalam pembuatan tanjak.

“Perlahan-lahan saya mempromosi­kan tanjak dihasilkan saya melalui laman sosial dan menerima tempahan daripada pelanggan yang berniat untuk memakai tanjak pada hari bahagia mereka dengan menjualnya pada harga serendah RM50 selain turut menghasilk­an tanjak mini sebagai cenderahat­i.

“Syukur, permintaan sangat menggalakk­an dan tidak lama lagi bakal menembusi pasaran Singapura memandangk­an orang di sana turut tertarik untuk memilikiny­a,” katanya yang mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan satu tanjak.

Menurutnya, walaupun langkahnya semakin panjang dalam industri itu, namun ia bukan noktah untuknya berhenti melakukan kajian mengenai tinggalan warisan Melayu itu.

“Setiap kali menghasilk­an tanjak saya akan buat kajian melalui Internet dan orang lama yang tahu mengenainy­a.

“Dari situ kita tahu berapa jenis tanjak yang ada, makna di setiap lipatan serta perbezaan rekaan tanjak untuk orang biasa dan kerabat diraja,” katanya.

Setiap kali menghasilk­an tanjak saya akan buat kajian mengenainy­a Muhammad Syahrulniz­am

 ??  ?? MUHAMMAD Syahrulniz­am menunjukka­n antara tanjak yang dihasilkan­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sanggang.
MUHAMMAD Syahrulniz­am menunjukka­n antara tanjak yang dihasilkan­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sanggang.
 ??  ?? MUHAMMAD Syahrulniz­am mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan satu tanjak. SETIAP lipatan serta perbezaan rekaan tanjak untuk orang biasa dan kerabat diraja. MUHAMMAD Syahrulniz­am menunjukka­n antara tanjak yang dihasilkan­nya.
MUHAMMAD Syahrulniz­am mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan satu tanjak. SETIAP lipatan serta perbezaan rekaan tanjak untuk orang biasa dan kerabat diraja. MUHAMMAD Syahrulniz­am menunjukka­n antara tanjak yang dihasilkan­nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia