Harian Metro

Doa isteri segera sembuh

-

 Pasangan diserang angin ahmar selepas daftar haji enam tahun lalu

“Saya berdoa isteri diberi kesembuhan dari penyakit dihadapiny­a dan yakin akan berpeluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti,” kata Yusof Taib, 75, yang ditemui sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (LTAS), semalam.

Yusof berkata, menjadi hasratnya untuk bersama-sama menunaikan rukun Islam kelima bersama isterinya.

“Namun, impian itu tidak menjadi nyata apabila isteri diserang angin ahmar selepas mendaftark­an diri di Tabung Haji sejak enam tahun lalu.

“Kini isteri saya tidak mampu berjalan, kalau bergerak dia hanya mengengsot saja,” katanya yang berkongsi impian ke tanah suci bersama isteri tercinta.

Katanya, dia tidak berputus asa mencari kesembuhan terhadap isterinya kerana mahu bersama-sama ke Tanah Suci.

“Apabila mengetahui giliran kami tahun ini, saya tidak berputus asa dan segera membawa isteri ke hospital untuk rujukan bersama doktor untuk mengetahui sama ada isteri boleh ke Tanah Suci atau sebaliknya,” katanya berkongsi kisahnya.

Yusof yang berasal dari FELDA Endau Mersing mendapat surat panggilan menunaikan haji serentak bersama isterinya, Asmah Abdul Rahman 60-an, tahun ini.

“Saya dan anak reda dengan keputusan doktor isteri saya tidak sihat untuk menunaikan haji, isteri menangis selepas mendapat tahu keputusan doktor tidak membenarka­nnya ke sana,” katanya. Yusof antara 287 jemaah haji dalam penerbanga­n hari ke empat menerusi LTAS jam 5.45 petang ke Jeddah, Arab Saudi, semalam.

Menurut bapa kepada sembilan orang anak itu dirinya yakin suatu hari nanti isterinya berpeluang menjejaki kaki ke Tanah Suci sekiranya diberi kesembuhan dari penyakitny­a itu.

 ??  ?? YUSOF diiringi ahli keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci di LTAS, semalam.
YUSOF diiringi ahli keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci di LTAS, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia