Harian Metro

Mereka penyuluh hidup kita

Ibu bapa contoh teladan terbaik untuk diikuti golongan muda

-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum papa.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi)

Golongan remaja biasanya dikaitkan dengan zaman paling mencabar. Mereka tidak suka dikongkong dan mahu hidup bebas melakukan apa yang mereka inginkan.

Jika tersalah memilih rakan pastinya golongan itu mudah terpengaru­h dengan persekitar­an negatif seperti seks bebas, pembuangan bayi, perjudian, lumba haram, ragut dan rogol.

Itu antara kes membabitka­n remaja masa kini. Mereka menghadapi krisis yang amat parah kerana mereka terdedah dengan pelbagai masalah sosial yang saban hari menjadi perhatian media.

Dalam satu hadis lain diriwayatk­an Mu’az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: mengenai usianya pada apa dihabiskan­nya, masa mudanya dan apa yang diperjuang­kannya, mengenai hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjak­annya dan ilmunya apa yang dibuatnya.”

Rasulullah SAW adalah model ikutan terbaik dicontohi buat golongan remaja. Walaupun Baginda membesar sebagai remaja yatim piatu, namun

Baginda tetap membuktika­n Baginda mampu menjadi manusia hebat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhn­ya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapk­an (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperinga­ti Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab ayat 21)

Watak Rasulullah SAW dibentuk Allah melalui al-Quran. Sifat Nabi Muhammad SAW terserlah menerusi peribadiny­a yang mulia, sederhana, bijak dan bersifat lemah-lembut.

Itulah antara penyebab ajaran Baginda dapat mengubah kepercayaa­n, adat dan budi pekerti bangsa Arab. Berbicara mengenai kehidupan Baginda sewaktu kecil memang amat menyedihka­n.

Rasulullah SAW tidak pernah mendapat kasih sayang, didikan dan perhatian daripada seorang ayah yang meninggal dunia ketika Baginda masih di dalam kandungan.

Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda berusia enam tahun. Ketiadaan ibu bapanya menjadikan Nabi Muhammad seorang yang lebih berani berdikari serta matang daripada usianya.

Sebenarnya, proses pendidikan adalah penyumbang utama menentukan kejayaan setiap anak. Nabi Muhammad SAW ketika kecil dihantar menyusu dengan suku kaum Saad.

Ia adalah tradisi Arab Quraisy ketika itu yang mahukan anak dapat menguasai bahasa Arab tulen dengan baik, hidup dalam persekitar­an bersih, biasa dengan kesusahan serta menjadi anak yang tahan lasak.

Setiap anak yang dilahirkan diibaratka­n seumpama sehelai kain putih. Ibu bapa merekalah yang bertanggun­gjawab mencorak anak mereka itu menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.

Maka, tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW memerintah­kan setiap ibu bapa menekankan soal akhlak dan solat terhadap anak-anak.

Penekanan solat terhadap anak-anak dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalk­annya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanla­h mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Hadis Abu Daud)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan perintahka­nlah keluargamu serta umatmu mengerjaka­n solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikan­nya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Taha, ayat 132)

Apabila solat ditekankan dalam rumah tangga, sudah pasti ia memberi kesan positif bukan saja untuk unit kecil keluarga yang dibina malah kebaikanny­a turut akan ‘merebak’ untuk kehidupan masyarakat seluruhnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai Tuhanku. Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianla­h juga zuriat keturunank­u. Wahai Tuhan kami, perkenanka­nlah doa permohonan­ku.” (Surah Ibrahim ayat 40)

Pokok pangkalnya, ibu bapa adalah contoh teladan terbaik buat anak-anak. Sebab itu, dalam mendidik seperti yang dianjurkan Islam perlu kepada hikmah.

Hikmah ialah bijak serta adil memutuskan perkara sesuai dengan tempatnya. Dalam mendidik, ibu bapa perlu menggunaka­n pendekatan lemah lembut.

Sekiranya anak ada membuat kesilapan, berilah hukuman bersesuaia­n dengan keadaan dan kesalahann­ya selain tidak melupakan memberi pengajaran serta bimbingan dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

 ??  ?? KASIH sayang dan sikap baik ibu bapa menyinari hidup anak mereka bak mentari menyinari bumi.
KASIH sayang dan sikap baik ibu bapa menyinari hidup anak mereka bak mentari menyinari bumi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia