Harian Metro

Malaysia tahap terkawal

-

Negara kini berada pada tahap keselamata­n terkawal iaitu bebas daripada ancaman kekerasan yang ketara dan berulang serta keganasan terancang sejak pelaksanaa­n Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasa­n) 2014 atau POCA, tiga tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mendapati negara kini bebas daripada ancaman jenayah kekerasan dan berulang seperti kes tembak menembak dan pembunuhan oleh ahli sindiket jenayah terancang atau ahli kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata, kejayaan itu diperoleh hasil pelaksanaa­n POCA dalam mencegah jenayah dan ia turut dibuktikan menerusi penurunan indeks jenayah khususnya jenayah kekerasan.

“Sebagaiman­a tahu, akta ini dipinda bagi menambah baik undang-undang sedia ada untuk mencegah dan mengawal gengsteris­me, jenayah berat dan jenayah terancang secara lebih berkesan serta bersesuaia­n mengikut perkembang­an semasa,” katanya.

“Pindaan terhadap POCA 1959 memberi nafas baharu dalam usaha membantera­s jenayah di negara ini dalam empat perkara iaitu kuasa menteri dihadkan; penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah bagi melindungi kepentinga­n hak orang dituduh; penggunaan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas orang di bawah pengawasan dan perluasan POCA di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah, di sini, semalam.

Katanya, POCA 2014 diberi ‘nafas baru’ supaya lebih efektif dari segi keberkesan­an dalam mencegah jenayah kekerasan sekali gus dapat mengimbang­i hak asasi manusia seiring dengan keselamata­n dan keamanan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia