Harian Metro

Tingkat kesedaran pekerja

-

Majikan perlu meningkatk­an kesedaran terhadap aspek keselamata­n dalam kalangan pekerja yang menunggang motosikal ke tempat kerja berikutan berlaku peningkata­n ketara statistik kemalangan ulang-alik ke tempat kerja tahun lalu.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik menunjukka­n peningkata­n 10 peratus atau 31,314 kes yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) tahun lalu berbanding 28,579 kes pada tahun sebelumnya.

“Kemalangan ulang-alik ke tempat kerja kebanyakan­nya membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal. Ini sebenarnya berkaitan dengan sikap mereka di jalan raya namun ia diberi perhatian serius oleh NIOSH dan Kementeria­n Sumber Manusia.

“Mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, majikan bertanggun­gjawab untuk memastikan keselamata­n pekerja mereka. NIOSH turut menganjurk­an program bersama industri yang memberi fokus aspek keselamata­n penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

 ??  ?? LEE pada Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-60 Peringkat NIOSH 2017 di NIOSH, Bangi.
LEE pada Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-60 Peringkat NIOSH 2017 di NIOSH, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia