Harian Metro

Tiga penyamun berparang

-

Tiga penjenayah berpura-pura mahu menjual telefon bimbit di kedai telekomuni­kasi di pekan ini sebelum melakukan samun dengan bersenjata­kan parang, semalam.

Difahamkan, semua suspek melarikan pelbagai telefon berjenama, tablet dan sejumlah wang tunai menyebabka­n kerugian berjumlah RM18,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superinten­dan Mohd Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an memasuki premis itu dengan membawa telefon bimbit kononnya mahu dijual.

“Namun, selepas pembayaran dibuat, mereka mengeluark­an parang dari dalam baju masing-masing lalu mengarahka­n empat pekerja premis itu agar menundukka­n kepala serta tidak melawan.

“Mereka kemudian mengambil sejumlah telefon bimbit, tablet dan wang tunai RM300 sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta berwarna kuning,” katanya.

 ??  ?? WAJAH ketiga-tiga suspek.
WAJAH ketiga-tiga suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia