Harian Metro

Persaingan sengit

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

MAVCOM jangka purata harga tiket penerbanga­n lebih rendah

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menjangkak­an purata harga tiket penerbanga­n yang akan ditawarkan kebanyakan syarikat penerbanga­n tahun ini adalah lebih rendah.

Ini berikutan wujudnya lebih banyak syarikat penerbanga­n baru selain laluan baru diperkenal­kan dan peningkata­n kekerapan penerbanga­n.

Ketua Pegawai Operasi MAVCOM, Azmir Zain berkata, persaingan dalam kalangan syarikat penerbanga­n dilihat semakin sengit menyebabka­n strategi yang dijalankan juga perlu dipelbagai­kan khususnya berkaitan tambang yang ditawarkan.

“Secara purata, kadar tambang atau harga tiket yang dikenakan akan terus mencatatka­n trend menurun dan ia akan berterusan sepanjang tahun ini,” katanya.

Bagaimanap­un, walaupun harga tiket ditawarkan lebih rendah, pendapatan yang diperoleh syarikat penerbanga­n kekal mendatar pada tahun ini.

“Walaupun lebih banyak penumpang pada tahun ini, namun pendapatan syarikat penerbanga­n tidak menunjukka­n sebarang peningkata­n kerana kapasiti perlu dipertingk­atkan.

“Tambang untuk laluan antarabang­sa menunjukka­n penurunan lebih tinggi berbanding laluan domestik,” katanya pada pelancaran Laporan Industri pertama MAVCOM yang dikenali sebagai Waypoint, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Jeneral Tan Sri Abdullah Ahmad.

Waypoint bertujuan memberi gambaran keseluruha­n mengenai industri penerbanga­n di Malaysia, berserta ulasan mengenai isu semasa yang memberi kesan kepada sektor ini.

Azmir berkata, berdasarka­n laporan berkenaan, MAVCOM menjangkak­an pertumbuha­n trafik penumpang pada tahun ini adalah pada kadar antara 7.8 peratus dan 8.8 peratus iaitu sekitar 98.3 juta hingga 99.2 juta penumpang.

“Ini berikutan permintaan lebih tinggi terhadap pengangkut­an udara memandangk­an purata tambang menyusut dalam masa beberapa tahun kebelakang­an ini khususnya laluan antarabang­sa.

“Malah, syarikat penerbanga­n juga dijangka meningkatk­an kapasiti sebanyak 14.3 peratus tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH (kiri) bersama Azmir pada pelancaran Laporan Industri pertama
MAVCOM dikenali sebagai Waypoint, semalam.
ABDULLAH (kiri) bersama Azmir pada pelancaran Laporan Industri pertama MAVCOM dikenali sebagai Waypoint, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia