Harian Metro

Rakam video ugut gantung anak

-

Bangkok: Seorang wanita ditahan polis selepas merakam dirinya mengancam untuk menggantun­g anak lelakinya sendiri kerana mengesyaki suaminya berlaku curang.

Nareumon Jampasert, 28, merakam video yang menunjukka­n dia mendukung anaknya berusia setahun dengan tali hitam di leher.

Kanak-kanak itu kelihatan takut dan menangis sebelum Nareumon mencampak bayinya ke tilam.

“Kamu lihat Joe. Kamu sangat ambil berat pasal orang lain. Ini anak kamu dan ini adalah tali.

“Lihat, dia belum mati. Saya belum mahu membunuhny­a lagi. Saya akan bawanya ke satu lokasi untuk mati,” katanya dalam video berkenaan.

Suaminya, Jakrit, 32, yang terkejut menerima video itu yang dihantar melalui telefon segera menghantar rakaman itu kepada adik dan ibunya yang kemudian memuat naik di laman sosial bagi meminta bantuan.

Polis yang dimaklumka­n mengenai video itu segera menyerbu sebuah apartmen di Bangkok dan menyelamat­kan kanak-kanak itu.

Nareumon yang dibawa polis ke satu sidang media menangis dan meminta maaf.

Wanita itu berkata, dia mengalami tekanan perasaan kerana bimbang suaminya curang kerana sering bekerja hingga lewat malam. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n Nareumon mendukung anaknya yang dililit dengan tali hitam di leher. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n Nareumon mendukung anaknya yang dililit dengan tali hitam di leher. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia