Harian Metro

Dipenjara kerana siar profil raja

-

Bangkok: Seorang aktivis pelajar dihukum penjara dua dan setengah tahun semalam kerana menyiarkan artikel BBC di Facebook yang dianggap menghina Raja Thailand.

Jatupat Boonpattar­aksa individu pertama didakwa menghina raja selepas Raja Maha Vajiralong­korn secara rasmi menaiki takhta pada 1 Disember lalu.

Bekas pelajar undang-undang itu ditangkap pada 3 Disember lalu dan didakwa kerana menyiarkan profil Vajiralong­korn oleh BBC Thailand yang dianggap menghina pemerintah itu.

Dia juga didakwa melanggar undang-undang jenayah komputer dengan menyiarkan pautan laporan BBC itu yang kemudian dikongsi lebih 2,000 pengguna.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman terhadap Jatupat selepas dia mengaku salah atas semua tuduhan berkenaan.

“Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun sebelum dikurangka­n kepada dua tahun setengah.

“Jatupat mengaku salah kerana dia tahu tiada gunanya untuk melawan tuduhan berkenaan,” kata peguamnya, Kissandang Nutcharat. - Reuters

 ??  ?? JATUPAT
JATUPAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia