Harian Metro

Tiga lelaki Britain dihukum penjara, sebat

-

Singapura: Tiga lelaki Britain dihukum penjara dan sebat semalam kerana menyerang secara seksual seorang wanita warga Malaysia ketika melancong ke negara ini.

Khong Tam Thanh, Le Michael dan Vu Thai Son pada mulanya berdepan tuduhan merogol tetapi mengaku salah kelmarin atas tuduhan menggunaka­n kekerasan untuk mencabul.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hoo Sheau Peng menjatuhka­n hukuman penjara terhadap semua suspek antara lima tahun setengah hingga enam tahun setengah.

Semua lelaki yang berusia 20-an dan berketurun­an Vietnam itu juga dihukum sebat antara lima hingga lapan sebatan.

Serangan itu berlaku pada September tahun lalu apabila ketiga-tiga mereka bersama sekumpulan lagi lelaki melancong ke Singapura untuk satu parti bujang.

Selepas menghadiri satu festival muzik, kumpulan itu bertemu dengan seorang wanita berusia 23 tahun dan mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan seorang rakan mereka di sebuah bilik hotel.

Bagaimanap­un, ketiga-tiga lelaki itu masuk ke bilik hotel rakan mereka dan bergilir-gilir merogol mangsa yang pengsan kerana mabuk. -

AFP

 ??  ?? KHONG Tam Thanh
KHONG Tam Thanh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia