Harian Metro

Sembunyi dadah dalam dubur

-

Seorang lelaki warga

Malaysia ditangkap ketika tiba di bandar ini kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu yang disembunyi­kan di dalam duburnya.

Lelaki yang dikenali sebagai LA itu ditangkap bersama 200 gram syabu yang berharga Rp300 juta (RM96,000).

Jurucakap polis Jawa Barat, Asep Jenal Ahmadi berkata, lelaki itu menaiki satu penerbanga­n mendarat di lapangan terbang Soekarno Hatta.

Katanya, LA ditangkap di satu kawasan rehat tidak jauh dari tol Pasteur. Ketika ditangkap lelaki itu sedang mengeluark­an dadah yang dimasukkan ke duburnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia