Harian Metro

China jamin tak ‘sibuk’

-

China memberi jaminan kepada Manila bahawa ia tidak akan menduduki kawasan lain di Laut Cina Selatan mengikut status quo yang dibincangk­an Manila dalam pada kedua-dua negara berusaha mengukuhka­n hubungan mereka, kata menteri pertahanan Filipina.

Delfin Lorenzana memberitah­u prosiding Kongres bahawa Filipina dan China mencapai persetujua­n mengenai Laut Cina Selatan yang melarang penaklukan pulau baru.

“Kini wujud status quo di situ yang antara lain melihat China memberi jaminan tidak membina struktur baru di Beting Scarboroug­h,” katanya merujuk kepada kawasan berhampira­n Filipina yang disekat China dari 2012 hingga 2016.

Dia bagaimanap­un enggan mengulas soalan media mengenai lima kapal China yang dilihat hampir 5 kilometer dari Pulau Thitu - milik Filipina - di gugusan kepulauan Spratly, Sabtu lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia