Harian Metro

95,000 orang tak boleh masuk

-

Pasukan Keselamata­n Haji yang bertanggun­gjawab menyelaras­ksan kemasukan jemaah ke Makkah dan tempat suci lain menghalang 95,000 orang masuk kerana tidak mempunyai permit haji sah.

Komander pasukan berkenaan, Jeneral Khalid Al-Harbi berkata, 95,400 orang yang cuba memasuki Makkah dari kawasan berbeza di Arab Saudi dilarang berbuat demikian antara 20 Julai hingga 12 Ogos lalu.

Katanya, pihak berkuasa tidak akan berlembut dengan sesiapa yang mengganggu suasana haji atau melanggar peraturan ditetapkan.

“Mereka yang tiada permit haji atau cuba membawa golongan seumpama itu akan dikenakan tindakan tegas.

“Kami akan menjejak mereka walaupun di dalam kawasan suci termasuk melakukan pemeriksaa­n cap jari secara rambang selain langkah keselamata­n lain di laluan masuk ke Makkah atau tempat suci lain,” katanya. - Agensi Paris: Seorang lelaki ditahan selepas merempuh keretanya ke dalam sebuah restoran piza menyebabka­n seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terbunuh, manakala 13 yang lain cedera, dalam kejadian yang tidak dikaitkan dengan perbuatan keganasan.

Suspek berusia 32 tahun itu dilaporkan mengalami kemurungan dan mengambil ubat berlebihan sebelum kejadian lewat Isnin (waktu tempatan) itu, kata sumber.

 ??  ?? GAMBAR tempat kejadian sebelum lelaki itu ditahan (gambar kecil). - Agensi
GAMBAR tempat kejadian sebelum lelaki itu ditahan (gambar kecil). - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia