Harian Metro

Bukan untuk wang

- Reuters

DJ terbukti raba punggung Taylor Swift diarah bayar ‘pampasan simbolik’ AS$1

Penyanyi terkenal antarabang­sa, Taylor Swift kelmarin menang dalam samannya terhadap personalit­i radio Colorado selepas juri mendapati bekas DJ itu bersalah kerana meraba punggungny­a ketika mereka bergambar dan memberikan ‘pampasan’ simbolik AS$1 (RM4.30) yang dituntut bintang pop itu.

Taylor, 27, menangis dan memeluk ibunya sebaik keputusan dibacakan di Mahkamah Daerah Denver itu dan mengucapka­n terima kasih kepada panel juri ketika mereka meninggalk­an dewan perbicaraa­n.

Juri yang mengadakan perbincang­an kurang dari empat jam susulan perbicaraa­n sensasi itu turut menolak dakwaan personalit­i radio, David Mueller bahawa ibu Taylor dan pegawai perhubunga­n stesen radio itu menyebabka­nnya dipecat dengan membuat tuduhan palsu.

“Saya akui bernasib baik dari segi kehidupan, status dan keupayaan untuk menanggung kos bagi mempertaha­nkan diri dalam perbicaraa­n seperti ini.

“Saya berharap dapat membantu mereka yang turut melalui pengalaman sama,” katanya kepada media selepas prosiding.

Menurutnya, dia akan terus menyumbang­kan wang kepada organisasi yang membantu mangsa serangan seksual mempertaha­nkan diri mereka di mahkamah.

Mueller, 55, tidak menunjukka­n sebarang reaksi ketika keputusan itu dibacakan.

Dia menyaman Taylor selepas dipecat susulan penyanyi berkenaan membuat aduan kepada radio stesen itu mengenai kejadian berkenaan.

Namun Taylor tidak berganjak sepanjang perbicaraa­n dan menegaskan Mueller sengaja menyeluk skirt dipakainya untuk meraba punggungny­a.

Peguamnya, Douglas Baldridge berkata, Taylor hanya menuntut ganti rugi AS$1 kerana dia tiada niat untuk membuat Mueller muflis, tetapi mahu memastikan mesej tegas disampaika­n untuk mangsa serangan seksual lain yang mungkin terlalu takut untuk bersuara.

 ??  ?? SESI bergambar didakwa digunakan Mueller untuk mengambil kesempatan meraba punggung Taylor. - Agensi
SESI bergambar didakwa digunakan Mueller untuk mengambil kesempatan meraba punggung Taylor. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia