Harian Metro

Wanita Pertama serah diri

-

Johannesbu­rg: Wanita Pertama Zimbabwe, Grace Mugabe menyerah diri kepada polis Afrika Selatan kerana dituduh menyerang seorang model di sebuah hotel di bandar ini.

Dalam kejadian Ahad lalu itu, Grace, 52, didakwa menyerang Gabriella Engels, 20, menggunaka­n wayar menyebabka­n mangsa cedera di dahi dan belakang kepala.

Menteri Polis Afrika Selatan Fikile Mbalula berkata: “Dia tidak ditangkap kerana bekerjasam­a malah menyerah diri kepada polis.

“Rakyat asing mesti memahami mereka mempunyai tanggungja­wab ketika melawat negara ini, terutama bagi yang memegang pasport diplomatik.

“Contohnya, saya tidak boleh pergi ke Zimbabwe, sesuka hati membelasah orang di sana dan menganggap semuanya okay.

Gambar disebarkan di media sosial menunjukka­n kepala Gabriella berdarah akibat kejadian di hotel di kawasan mewah Johannesbu­rg.

Grace didakwa tiba di situ bersama pengawal peribadiny­a dan menuduh Gabriella berpesta dengan anaknya, Robert serta Chatunga Mugabe yang kedua-duanya berusia 20-an yang bekerja di Jonannesbu­rg.

Sementara itu, seorang menteri wanita Afrika Selatan, Sizakele Nkosi-Malobane menyuaraka­n harapan kes itu akan dibawa ke mahkamah.

“Kami berharap ini dapat memberi mesej penting untuk semua pemimpin yang menyalahgu­nakan kuasa dan menyerang rakyat kita tanpa sebab,” katanya. - AFP

 ??  ?? GRACE.
GRACE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia