Harian Metro

Lelaki murung rempuh kedai piza

-

Kejadian berkenaan pada awalnya dibimbangi satu lagi perbuatan pengganas kerana berlaku hanya lima hari selepas sekumpulan askar dirempuh kereta di Paris.

Bagaimanap­un, siasatan mendapati lelaki itu mengalami kemurungan malah cuba membunuh diri sehari sebelum itu, kata sumber.

Kejadian berlaku di bandar Sept-Sorts, 54 kilometer dari Paris.

Pihak berkuasa Perancis berkata: “Pemandu itu nyata berniat melakukan perbuatan itu, tetapi kami tidak mengesyaki motifnya adalah keganasan.”

Adik lelaki remaja yang maut itu antara empat yang parah. Lapan yang lain cedera ringan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia