Harian Metro

MSU bantu rakyat Syria

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Anjur program amal kutip dana kemanusiaa­n

Management & Science University (MSU) melalui jabatan Student & Career Developmen­t (SCD) menganjurk­an program amal,

yang bermatlama­t mengutip dana kemanusiaa­n untuk disumbangk­an kepada mangsa peperangan di negara bergolak itu.

Acara amal itu diharap membantu rakyat negara berkenaan yang berdepan krisis sejak Mac 2011 dan mengorbank­an lebih 250,000 rakyatnya.

Kira-kira 24 juta rakyat Syria kini kehilangan tempat tinggal menyebabka­n mereka melarikan diri ke pelbagai kem pelarian di negara jiran.

Malah, lebih empat juta penduduk terpaksa berhijrah ke luar negara seperti Turki, Lubnan, Jordan, Iraq dan negara Eropah.

Penganjura­n

bertujuan mencetuska­n kesedaran dalam kalangan warga MSU dan MSU College khasnya serta masyarakat sekitar mengenai makna kemanusiaa­n dan keamanan.

Ia diharap mampu melahirkan penuntut yang prihatin dan sensitif terhadap isu kemanusiaa­n dan keamanan sejagat serta dilengkapi semangat kesukarela­wan.

Program amal itu bermula di kampus MSU di Seksyen 13, Shah Alam meliputi jarak sejauh 5 kilometer (km) di mana lebih 1,000 warga MSU dan masyarakat sekitar bersama-sama memberikan sokongan kepada solidariti kemanusiaa­n ini.

Melalui Yayasan MSU, RM20,000 dikumpul dan disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit secara langsung membantu mangsa peperangan di Syria.

Pelepasan peserta

dilakukan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid yang dimulai dengan simbolik pelepasan burung merpati sebagai tanda keamanan dan kebebasan.

Turut hadir, kakitangan pengurusan kanan MSU dan MSU College.

 ??  ?? YAYASAN MSU mengumpul RM20,000 untuk disumbangk­an kepada mangsa peperangan di Syria.
YAYASAN MSU mengumpul RM20,000 untuk disumbangk­an kepada mangsa peperangan di Syria.
 ??  ?? DR Mohd Shukri melepaskan peserta larian amal MSU Walk for Syria.
DR Mohd Shukri melepaskan peserta larian amal MSU Walk for Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia