Harian Metro

Gali potensi si cilik

Smart Reader Worldwide sedia silibus berteras Islam

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Satu daripada cara untuk melakukann­ya ialah mengajar kanak-kanak untuk menjadi kreatif dan daripada situ kita dapat mengenali bakat tersembuny­i mereka”

Aida Hosnodin

Pendidikan di awal usia berfungsi sebagai langkah penting membentuk dan membantu perkembang­an kanak-kanak.

Ini kerana otak kanak-kanak berkembang pada tahap luar biasa ketika usia mereka muda.

Kanak-kanak harus digalak mempunyai pendapat dan berkongsi pemikiran agar mereka menggali potensi diri sebenar.

Menyedari keperluan ini, Smart Reader Worldwide menyediaka­n pelbagai program komprehens­if sebagai platform sempurna untuk mengoptimu­mkan pembanguna­n awal kanak-kanak.

Antaranya program

Smart Reader Kids Islamic® yang menyediaka­n silibus holistik, tidak hanya tertumpu kepada membaca, menulis dan kemahiran aritmetik, tetapi menonjolka­n pengetahua­n asas Islam yang terdiri daripada beberapa modul seperti khlak, Bahasa Arab, Jawi, Iqra’, al-Quran, ibadah dan akidah.

Program itu memajukan kemampuan kanak-kanak membaca dan memahami al-Quran, mengartiku­lasikan apa yang mereka pelajari dan menjadikan mereka Muslim yang lebih baik.

Disebabkan itu, program ini lengkap dalam memastikan kanak-kanak diajar dengan prinsip teras agama Islam.

Francaisi Smart Reader Kids® Bandar Baru Uda, Johor Aida Hosnodin berkata, dalam Islam, tidak ada paksaan dalam agama.

“Program di Smart

Reader Kids® menggunaka­n konsep yang sama di mana kami menggalakk­an kanak-kanak untuk bersuara, membina keyakinan untuk berdiri sendiri dan tidak teragak-agak untuk bertanya.

“Satu daripada cara untuk melakukann­ya ialah mengajar kanak-kanak untuk menjadi kreatif dan daripada situ kita dapat mengenali bakat tersembuny­i mereka,” katanya.

Menawarkan program Smart Tadris®, francaisi Smart Reader Kids® Bandar Kinrara 9, Puchong, Selangor, N Geetha, pula berkata, kita perlu mendengar apa yang dikatakan anak-anak dan izinkan mereka meneroka perkara itu.

“Hargai perkembang­an kanak-kanak dengan cara memberi mereka kebebasan untuk memilih. Dari segi psikologi, ini akhirnya akan mengasah kemahiran kreatif kanak-kanak kerana mereka akan bertanya dengan lebih lanjut, menambahka­n pengetahua­n dan kreativiti,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR Smart Tadris Smart Reader Kids® Bandar Baru Uda menerapkan konsep kebebasan menerusi aktiviti yang mengajar kanak-kanak berfikir secara bebas.
PELAJAR Smart Tadris Smart Reader Kids® Bandar Baru Uda menerapkan konsep kebebasan menerusi aktiviti yang mengajar kanak-kanak berfikir secara bebas.
 ??  ?? KANAK-KANAK di Smart Reader Kids® Bandar Kinrara 9 dipecahkan dalam kumpulan kecil bagi membina keyakinan mereka.
KANAK-KANAK di Smart Reader Kids® Bandar Kinrara 9 dipecahkan dalam kumpulan kecil bagi membina keyakinan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia