Harian Metro

‘REHAT’ LIMA PERLAWANAN

- AFP

Madrid

Cristiano Ronaldo dikenakan penggantun­gan lima perlawanan oleh persekutua­n bola sepak Sepanyol (RFEF) semalam kerana menolak pengadil selepas dibuang padang ketika kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Barcelona pada aksi pertama Piala Super Sepanyol.

Pemain Terbaik Dunia itu menerima penggantun­gan satu perlawanan secara automatik selepas dibuang padang Ahad lalu dan empat perlawanan tambahan kerana reaksinya terhadap pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea.

Ronaldo turut didenda 3,805 euro (RM19,000) dan mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan.

Sekiranya rayuan itu gagal, Ronaldo akan terlepas aksi kedua Piala Super awal pagi Khamis ini dan empat perlawanan pertama Madrid dalam kempen La Liga menentang Deportivo la Coruna, Valencia, Levante dan Real Sociedad.

Bagaimanap­un, Ronaldo bebas untuk beraksi apabila Madrid memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Juara-Juara pada 12 atau 13 September ini.

Madrid sudah memberikan bayangan untuk merayu kad kuning kedua Ronaldo kerana sengaja menjatuhka­n badan lapan minit sebelum tamat apabila dia jatuh dalam kotak penalti ketika dicabar Samuel Umtiti.

“Pembuangan padang Ronaldo merunsingk­an saya kerana sekalipun ia bukannya penalti, layangan kad itu terlalu kejam,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane selepas perlawanan itu.

“Kami akan cuba berbuat sesuatu jadi dia boleh beraksi Rabu ini (awal pagi Khamis).”

Ronaldo hanya berada di padang selama 24 minit apabila

 Ronaldo turut didenda RM19,000 selepas insiden tanggal jersi, tolak pengadil ketika atasi Barca

dia masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua dan meledak ke penjuru gol 10 minit sebelum tamat untuk membantu

Madrid mendahului 2-1.

Dia menerima kad kuning pertama kerana menanggalk­an jersinya ketika meraikan gol itu dan kemudian dilayangka­n kad merah ke-10 dalan kariernya dua minit kemudian.

“Sebaik dilayangka­n kad merah, pemain itu (Ronaldo) menolak saya sedikit sebagai tanda tidak bersetuju,” tulis De Burgos Bengoetxea dalam laporan pengadilan­nya.

Mengikut peraturan RFEF, kesalahan itu boleh dikenakan penggantun­gan di antara empat hingga 12 perlawanan, namun kes terdahulu turut menyebabka­n penggantun­gan empat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia