Harian Metro

Barca ikat Paulinho RM202 juta

-

Barcelona: Barcelona menjadikan pemain tengah kebangsaan Brazil, Paulinho sebagai pembelian pertama mereka sejak meraih pendapatan lumayan hasil penjualan Neymar dengan rekod dunia semalam selepas bersetuju dengan bayaran 40 juta euro (RM202 juta) bersama kelab China, Guangzhou Evergrande.

“Barcelona dan Guangzhou Evergrande sudah bersetuju dengan perpindaha­n pemain Paulinho Bezerra dengan bayaran 40 juta euro,” menurut Barca dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 29 tahun iu menandatan­gani perjanjian empat tahun dengan klausa tebus kontrak sebanyak 120 juta euro (RM607 juta) dan akan diperkenal­kan secara rasmi Khamis ini.

Pengumuman pembelian pemain ketiga Barca itu ketika jendela perpindaha­n musim panas ini hadir hanya beberapa jam selepas kekalahan 1-3 kepada Real Madrid pada aksi pertama Piala Super Sepanyol, Ahad lalu.

Pemain tengah Sergio Busquets bagaikan memaksa ahli lembaga pengarah kelab itu apabila mendakwa Barca mesti memperkuku­hkan skuad mereka sebelum pasaran perpindaha­n ditutup pada 31 Ogos ini.

Barca setakat ini gagal dalam usaha mencari pengganti Neymar dengan bidaan lumayan terhadap Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele masing-masing ditolak oleh Liverpool dan Borussia Dortmund.

“Saya harap anda gembira seperti saya di sana,” tulis Neymar dalam akaun Instagram.

Bagaimanap­un, ketibaan Paulinho tidak disambut baik penyokong setia Barca.

Hanya 80 peratus daripada peminat menggesa kelab itu tidak membelinya pada harga melebiho 20 juta euro (RM100.9 juta) dalam kaji selidik yang dijalankan akhbar sukan Barcelona Mundo Deportivo.

Sambutan dingin itu berikutan prestasi tidak menentu Paulinho pada peringkat kelab di Eropah. - AFP

 ??  ?? PAULINHO (kiri) bakal perkuat skuad Catalan.
PAULINHO (kiri) bakal perkuat skuad Catalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia