Harian Metro

5,000 sukarelawa­n bantu kelancaran acara

-

Kuala Lumpur: Dianggarka­n hampir 5,000 petugas termasuk sukarelawa­n dan pegawai teknikal akan membantu melancarka­n acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Ketua Cawangan Media dan Komunikasi Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC), Fahmi Omar berkata, ia membabitka­n kira-kira 3,000 sukarelawa­n dan selebihnya adalah pegawai teknikal dan pasukan keselamata­n.

“Walaupun MITEC menjadi kluster kedua terbesar KL2017 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil, ia menjadi pusat media utama sepanjang penganjura­n temasya kali ini.

“Justeru, kita memerlukan banyak tenaga sukarelawa­n di MITEC bagi melancarka­n operasi khususnya membabitka­n liputan media,” katanya.

Tambah Fahmi, penganjura­n kali ini bakal mencipta sejarah apabila menyiarkan 28 disiplin sukan secara langsung, sekali gus menjadi liputan paling luas dalam sejarah Sukan SEA.

“Pusat Penyiaran Antarabang­sa (IBC) misalnya dibekalkan dengan sembilan studio, kemudahan satelit dan fiber bagi membolehka­n syarikat penyiaran melakukan liputan secara langsung termasuk awancara masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia