Harian Metro

Erry Hidayat sedia menyinar

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Statusnya sebagai anak bekas pemenang emas Sukan SEA 1997, Hidayat Hamidon dan beraksi sebagai pengganti kepada prospek pingat dalam sukan angkat berat, Hafifi Mansor bukan tekanan buat Muhammad Erry Hidayat untuk mempamerka­n aksi terbaik pada penampilan sulung di temasya dwitahunan itu kali ini.

Ketika usianya bakal mencecah 18 tahun pada 24 November ini, penyertaan di temasya peringkat Asia Tenggara ini menjadi pentas untuknya mengukur kemampuan sebenar. Pemenang emas acara snatch kategori 69 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak juga berkata beliau tidak mensasarka­n sebarang keputusan luar biasa bagi mengelak daripada berasa tertekan.

“Pada peringkat awalnya, saya hanya mahu beraksi di peringkat pra-Sukan SEA. Tapi selepas Hafifi cedera, saya dimaklumka­n akan ganti tempatnya dan berita ini begitu mengejutka­n ketika saingan masih tinggal beberapa hari lagi.

“Memang perkara itu (anak kepada Hidayat dan pengganti Hafifi) sentiasa dalam fikiran saya. Namun saya tidak mahu terlalu fikirkan soal itu kerana paling penting pada penampilan pertama kali ini adalah cuba buat yang terbaik.

“Saya tidak letak harapan terlalu tinggi. Ayah pun ada beritahu supaya mencuba sebaik mungkin. Hafifi juga sentiasa ingatkan supaya terus berlatih mempersiap­kan diri,” katanya yang kini menjalani latihan di Likas, Sabah.

Skuad angkat berat hanya akan kembali ke Kuala Lumpur pada 23 Ogos ini. Ketika ini, angkatan terbaik Muhammad Erry adalah 125kg untuk saingan snacth dan 150kg clean & jerk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia