Harian Metro

Joshua bangkit dari kekalahan lalu

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet lawan pedang Joshua Koh I Jie mempunyai sasaran cukup jelas untuk kembali memburu emas selepas berdepan kekecewaan tersingkir awal di Singapura dua tahun lalu.

Joshua yang bakal membuat penampilan ketiga berkata, dia sememangny­a tidak mempunyai sasaran lain kecuali kilauan emas menerusi acara epee.

Enam tahun lalu di Palembang, atlet berusia 27 tahun itu menceriaka­n kontinjen negara apabila meraih emas menerusi acara sama tetapi dia tidak dapat mempertaha­nkan kemenangan itu selepas lawan pedang tidak dipertandi­ngkan di Sukan SEA 2013 Myanmar.

“Kami sudah menjalani latihan di Korea Selatan selama tiga bulan dan harap ia membantu saya,” katanya.

Menurutnya, ini kali pertama dia bakal beraksi pada kejohanan besar di halaman sendiri.

“Saya tidak tahu sama ada ia akan memberi kelebihan atau tidak kerana ini kali pertama saya beraksi di halaman sendiri.

“Apapun, seperti atlet lain, saya berharap ia akan membantu memberi motivasi tambahan kepada saya.

“Yang penting adalah bagaimana saya mengawal situasi pada saingan sebenar,” katanya.

 ??  ?? JOSHUA (kiri) dan Natasha Ezzra Bt Abu Bakar pada sidang media Program Kita Juara 2017 di Casa Bukit Jalil, baru-baru ini.
JOSHUA (kiri) dan Natasha Ezzra Bt Abu Bakar pada sidang media Program Kita Juara 2017 di Casa Bukit Jalil, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia