Harian Metro

Jirapong kagumi Khairul

-

Kuala Lumpur: Bintang pecut Thailand, Jirapong Meenapra mengaku Khairul Hafiz Jantan sebagai pelari pecut terbaik rantau ini berdasarka­n prestasi mengagumka­n dan perlu ‘ditewaskan’ dalam acara 100 dan 200 meter.

Menurutnya, kejayaan pelari pecut Malaysia itu baru-baru ini menjadikan anak kelahiran Melaka berkenaan antara yang terbaik di Asia dan meletakkan­nya jauh di depan berbanding pencabar lain.

“Khairul Hafiz yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Berdasarka­n catatan peribadi terbaiknya dalam acara 100 dan 200m, dia juga antara yang terbaik di Asia,” katanya.

Dikenali The Speedy Jantan pelari berumur 18 tahun itu memegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dan 200m dengan catatan 10.18 saat (2016) dan 20.90s (2017).

Jirapong berkata, dia bersaing dengan Khairul Hafiz pada Terbuka Thailand di Bangkok beberapa bulan lalu dengan pelari Malaysia itu muncul pemenang, tetapi mengingatk­an supaya tidak menjadikan keputusan itu sebagai ukuran kerana dia

(gambar)

kurang cergas kerana baru pulih daripada kecederaan ketika perlumbaan itu.

“Saya mengalami kecederaan kaki dan tahap keseluruha­n kecergasan pula hanya antara 70 hingga 80 peratus ketika itu. Kini keadaan berubah kerana saya 100 peratus cergas dan sudah bersedia mencapai kemuncak di Kuala Lumpur,” katanya yang juga penuntut ijazah lanjutan Universiti Bangkok.

Jirapong, 24, yang menjadi wira peminat sukan olahraga Thailand ketika memenangi emas 100 dan 200m pada Sukan SEA 2013 Myanmar, bersikap merendah diri dengan tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi kali ini.

“Sasaran saya hanya untuk menaiki podium bagi kedua-dua acara itu,” kata anak kelahiran Surat Thani itu yang kecewa apabila rakan senegarany­a hanya menduduki tempat kelima bagi 100m dan gangsa 200m di Singapura dua tahun lalu. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia