Harian Metro

‘Kita ada peluang’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Pengurus skuad chinlone negara, Wan Mohd Husni Abdullah percaya pemainnya mempunyai kelebihan berbanding Filipina dan Brunei dalam misi memburu emas pertama Malaysia dan temasya Sukan SEA di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.

Menurut Husni, Malaysia mempunyai kelebihan dari aspek pengalaman dan kelebihan turun di gelanggang sendiri akan digunakan sepenuhnya untuk memenangi acara linking.

“Walaupun Filipina menggunaka­n jurulatih dari Myanmar untuk melatih atlet mereka, pendekatan sama seperti yang digunakan Malaysia, saya merasakan kita lebih baik.

“Kami melihat sendiri mereka berlatih di Myanmar sebelum ini manakala Brunei baru berjinak dengan sukan ini,” katanya selepas perjumpaan bersama Chef de Mission Datuk Marina Chin, semalam.

Menurutnya, atlet negara sudah bersama sejak Sukan SEA 2013 di Myanmar disusuli edisi 2015 di Singapura.

Husni berkata, pihak pengurusan tidak memberikan tekanan kepada skuad negara dengan mengharapk­an pemain menikmati sepenuhnya acara itu.

Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) meletakkan sasaran dua emas menerusi acara linking dan antara regu lelaki.

 Aspek pengalaman, beraksi di tempat sendiri beri kelebihan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia