Harian Metro

Usah beri mereka tekanan: Marina

-

Kuala Lumpur: Chef de misson Datuk Marina Chin meminta semua pihak tidak meletakkan beban terhadap skuad chinlone yang akan turun beraksi hari ini bagi pemburuan emas pertama kontinjen negara.

Menurut beliau, walaupun chinlone prospek terbaik untuk menjadi penyumbang emas sulung kepada kontinjen negara, namun tidak perlu terlalu memberi tekanan kepada pemain kerana boleh mengganggu fokus anak buah Mohd Yusoff Abdullah.

“Apa yang saya harapkan semua atlet yang menjalani persediaan sebelum ini akan melaksanak­an tugas mereka dengan baik. Jika mereka melaksanak­an tanggungja­wab itu sudah pasti keputusan juga akan menjadi terbaik.

“Pada saya jika mereka menang emas, bagus, tapi yang lebih penting semangat dipamerkan semasa mereka beraksi,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra bersama skuad chinlone di sini, semalam.

Chinlone memerlukan kemahiran dan keseimbang­an pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarka­n kategori dan dimainkan seramai enam orang satu pasukan dalam bulatan manakala kiraan matanya pula menerusi setiap timbangan sempurna setiap pemain dalam masa 10 minit.

Tuan rumah Malaysia akan menyertai keempat-empat kategori dipertandi­ngkan dalam acara chinlone iaitu ‘non-repetition (primary), same stroke, linking dan non-repetition (secondary) manakala negara lain hanya dibenarkan sertai dua kategori. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia