Gilap bisa penyudah
Kuala Lumpur
Malaysia perlu mempertajamkan penyudah menjelang aksi kedua Kumpulan A bagi acara bola sepak apabila berdepan Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.
Perkara itu diakui tonggak pertahanan Adam Nor Azlin yang menjelaskan tiada makna jika bermain dengan baik tetapi tidak dapat mencipta kemenangan.
“Saya fikir kami boleh bermain dengan corak hantaran pendek yang lebih baik selain perlu mempertajamkan penyudah.
“Jika hanya bermain dengan baik tapi tidak dapat jaringkan gol, kami tidak akan dapat mata.
“Bagi saya, banyak yang perlu diperbaiki untuk menentang Singapura nanti,” katanya yang meledak gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Brunei 2-1, kelmarin.
Adam muncul wira Malaysia apabila jaringannya pada minit ke-60 menjadi penyelamat skuad kendalian
Adam gesa rakan jangan bazir peluang depan gol
Datuk Ong Kim Swee untuk mengutip mata penuh.
Mengulas mengenai jaringan itu, Adam mengakui lega apabila dapat menebus kesilapannya yang membolehkan Zulkhairy Hady Razali meledak gol penyamaan Brunei pada minit ke-12 selepas Safawi Rasid meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketiga.
“Saya tidak boleh memikirkan kesilapan itu kerana ia boleh menjatuhkan moral sepanjang permainan dan syukur saya berjaya menebusnya dengan meledak gol kemenangan.
“Saya harap dapat beraksi lebih baik menentang Singapura dan tidak melepaskan gol mudah,” katanya.