Harian Metro

Tingkat aspek kepantasan

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Aspek kepantasan masih perlu dipertingk­atkan skuad futsal lelaki negara.

Pengendali­nya, Chiew Chun Yong (gambar) berkata, aspek fizikal dan kecergasan sudah tidak menjadi masalah buat anak buahnya dan beliau mengaku berpuas hati dengan kekuatan fizikal serta kecergasan pasukannya.

“Apa yang menjadi sedikit kerisauan kepada saya adalah daripada aspek kepantasan kerana ia masih lagi belum menepati piawaian yang dimahukan.

“Aspek ini amat penting kepada taktikal pasukan kerana fokus utama serangan adalah menerusi kepantasan, jadi pemain perlu bekerja lebih keras dalam usaha memantapka­n lagi aspek itu

kerana kita akan mengharung­i perlawanan dalam tiga hari lagi.

“Bagaimanap­un, saya optimis kelemahan itu dapat diperbaiki dan tempoh tiga hari ini akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk meningkatk­an kualiti permainan sebelum sepak mula nanti,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beliau sudah memiliki tiga kelompok pemain berbeza yang boleh diturunkan mengikut situasi yang akan dihadapi pada perlawanan kelak.

“Walaupun sudah ada kelompok bagi pemain utama, kita tidak boleh kekal dengan kelompok pemain yang sama dalam futsal, jadi semua pemain perlu sentiasa bersedia untuk diturunkan nanti,” katanya.

Anak buah Chun Yong akan membuka kempen dengan bertemu Myanmar pada 18 Ogos ini sebelum menentang Vietnam (20 Ogos), Indonesia (22 Ogos) dan Thailand (27 Ogos).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia