Harian Metro

Prior dah minta maaf

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: “Beliau sudah meminta maaf dan mengaku apa yang diluahkan itu kesilapann­ya.”

Itu kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai kenyataan ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita Thailand Spencer Prior

(gambar) di media sosial, semalam.

“Saya sudah memeriksa perkara ini dengan (Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin (Mohd Amin) dan beliau memberitah­u saya ia kesilapan mereka.

“Terdapat salah komunikasi di pihak mereka kerana tidak memeriksa gelanggang latihan dengan betul.”

Semalam, Prior meluahkan kekecewaan­nya di Twitter dan menganggap Sukan SEA Ke-29 ini sebagai temasya paling teruk pernah dianjurkan.

Katanya, skuad bola sepak wanita Thailand hanya sempat menjalani latihan 15 minit sebelum diarahkan keluar bagi memberi laluan kepada pasukan lain untuk berlatih.

Prior mendakwa kelewatan mereka ke gelanggang latihan disebabkan pegawai bertugas memberitah­unya jarak gelanggang itu hanya tiga kilometer dari hotel pasukan sedangkan ia sebenarnya 30 kilometer.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia