Berganding lagi selepas ini
Syafiq akui rapat dengan Hannah sejak jayakan drama bersiri Mencintaimu Mr Photografer
“Kalau saya asyik bercinta dengan heroin yang digandingkan bagaimana saya ingin fokus pada lakonan? Hannah masih muda dan baru 21 tahun. Dia banyak bertanya ilmu lakonan dan saya juga hanya menyokongnya dari belakang.
“Saya memang suka bekerjasama dengannya dan masing-masing sudah berusaha memberikan yang terbaik dalam drama itu,”katanya.
Bagaimanapun, Syafiq tidak menafikan dia juga rapat dengan Hannah sejak digandingkan dalam drama bersiri itu.
“Selepas selesai berlakon dalam drama Mencintaimu Mr Photografer, kami terbabit dalam banyak acara sehingga hujung tahun ini.
“Insya-Allah, kami akan bergandingan lagi dalam projek drama baru selepas ini,” katanya.
Tidak pilih heroin
Syafiq juga menafikan dia memilih heroin untuk digandingkan dalam projek drama ketika ini.
“Saya tidak mahu terikat dengan manamana heroin dalam drama. Sebagai pelakon, saya tidak kisah digandingkan dengan siapa saja.
“Kalau saya memilih heroin nanti peminat akan kecam kalau gandingan tidak serasi dan ia juga boleh menjejaskan karier seni,” katanya.
Bagaimanapun, kata Syafiq, dia juga tidak mengejar populariti dalam bidang lakonan ketika ini.
“Populariti juga bermusim dan ia tidak kekal lama. Saya juga mahu orang menilai saya dalam bidang lakonan dan bukannya populariti atau kontroversi.
“Kalau saya tidak fokus pastinya tidak berada di sini hari ini. Malah, nama saya juga pernah ditolak pihak stesen televisyen sebelum ini. Oleh itu, saya perlu bekerja keras untuk terus bertahan dalam bidang ini dengan lakonan memberangsangkan,” katanya. -Ramlah Zainal