Harian Metro

‘IKHLAS BEKERJA, REZEKI DI MANA-MANA’

- DARI MUKA 1

Pastinya tempoh masa 10 tahun sejak melangkah masuk dalam industri seni cukup mematangka­n Zizan, sekali gus membuatkan dirinya masak dengan sepak terajang industri hiburan.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar dan jujur saya katakan, tiada langsung perubahan yang saya rasai walaupun dilanda kontrovers­i tanpa henti. Ini kerana peminat lebih teruja untuk menyaksika­n bakat dan produk seseorang itu.

“Tidak dinafikan, setiap artis ada pasang surutnya, namun saya percaya pada rezeki Allah. Biar apa pun yang berlaku selagi saya berusaha dan ikhlas dalam bekerja, rezeki tetap ada di mana-mana. Semuanya berbalik kepada diri sendiri bagaimana menangani situasi yang berlaku,” katanya.

Menurut Zizan, sedekad dalam industri seni bukan satu jangka masa yang pendek, namun dia bersyukur kerana masih mampu bernafas sehingga ke hari ini.

“Saya bersyukur kerana masih dikenali walaupun perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.

“Terus terang banyak pahit yang perlu ditelan tetapi saya jadikan semua yang berlaku sebagai pengajaran untuk lebih kuat pada masa depan,” katanya

Beralih mengenai kisah peribadiny­a, walaupun sudah lama merancang untuk menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun, malah dalam tempoh itu ramai wanita yang dikaitkan bakal menjadi suri hidupnya, Zizan menegaskan dia masih solo.

Bagi pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak itu, sebagai hambaNya dia hanya mampu berdoa agar niatnya untuk menamatkan zaman bujang tercapai.

“Saya sentiasa percaya Allah sudah meletakkan perkara yang terbaik dalam hidup saya sampai sekarang. Belum ada rezeki berkahwin, tapi ada hal lain yang sudah membahagia­kan saya.

“Saya tidak dapat mengagak bila jodoh akan tiba. Barangkali esok, minggu depan atau mungkin dua tahun lagi. Saya hanya mampu berserah kepada takdir Ilahi,” katanya yang bersedia menjadi imam kepada isterinya.

Zizan telan kepahitan demi pengajaran selepas 10 tahun dalam industri

Siapa sangka, Zizan ternyata lebih cenderung memilih naskhah layar perak untuk berkongsi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia