Harian Metro

Lelaki paling jahat Gulshan

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Nama bintang legenda yang turut dikenali sebagai ‘Badman’ Bollywood, Gulshan Grover tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam industri perfileman di India mahupun di Hollywood.

Sepanjang berkecimpu­ng dalam bidang lakonan, Gulshan, 61, sudah beraksi dalam lebih 400 filem hingga hari ini.

Terbaru, pelakon kelahiran

New Delhi, India ini beraksi dalam filem tempatan berjudul

I’m Not A Terrorist terbitan

White Merpati Entertainm­ent Sdn Bhd.

Filem arahan Arjin Uppal itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tanah air kerana menampilka­n gabungan bintang legenda Bollywood dan pelakon tempatan iaitu Gulshan, Farida Jalal, Rahul Dev, Afiq Muiz dan Chacha Maembong selain Kapten Khir Mohd Noor, Betty Banafe serta Datuk Jalaluddin Hassan.

Gulshan ketika ditemui berkata, dia menerima tawaran produser S Baldev untuk berlakon dalam filem ini kerana ingin mengeratka­n hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Selain Bollywood, saya juga pernah berlakon banyak filem asing seperti Perancis, Jerman, Australia, Kanada, Poland dan Iran.

“Kali ini, saya dapat menimba pengalaman baru berlakon dalam filem terbitan produksi dari Malaysia pula. Cara bekerja dan persekitar­an setiap negara berbeza dan saya tidak melihat perbezaan itu sebagai masalah.

“Sebaliknya, saya seronok bekerja dengan syarikat perfileman dari negara berbeza,” katanya.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Abu Zar, Gulshan berkata, ia juga memberi cabaran tersendiri buatnya.

“Watak Abu Zar digambarka­n seorang warga Kashmir yang sangat jahat dalam filem ini dan ia berbeza dengan watak sebenar saya di luar filem.

“Pada masa sama, saya juga dikeliling­i penduduk

Kashmir yang baik dan penyayang serta memberi sokongan sepanjang pembikinan filem ini,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman bekerja dengan pengarah dari Malaysia pula, kata Gulshan, walaupun masih muda, Arjin

‘Badman’ Bollywood seronok bekerja dengan syarikat perfileman dari

negara berbeza

seorang yang berbakat besar dan memiliki idea bernas.

“Walaupun penggambar­an filem ini berlangsun­g di kawasan yang bergolak dan berisiko tinggi di Kashmir, kerja penggambar­an dapat dijalankan seperti direncanak­an.

“Saya tidak ada masalah bekerja dengan pelakon muda dari Malaysia seperti Chacha dan Afiq kerana mereka berbakat besar dan kami juga bekerja seperti keluarga besar,” katanya.

Filem yang membabitka­n bajet lebih RM7 juta itu turut menjalani penggambar­an di sekitar Kuala Lumpur, tahun lalu.

Ia bakal ditayangka­n pawagam di seluruh tanah air dan India serentak pada 5 Oktober ini.

TIDAK BOSAN WATAK JAHAT

Watak jahat bagaikan sudah sebati dengan dirinya sejak dulu. Malah, Gulshan mengakui dia tidak pernah bosan melakonkan watak jahat hingga sekarang.

“Saya bermula dengan watak jahat dan imej ‘badman’ itu terus melekat dengan diri. Pada masa sama, produser dan pengarah filem juga lebih suka menawarkan saya watak jahat sejak dulu,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Gulshan, watak jahat lebih mencabar dirinya berbanding sebagai hero.

“Saya perlu bekerja keras untuk memastikan watak jahat itu tidak klise dan memberi kesan mendalam kepada penonton,” katanya.

Antara filem lakonannya sebelum ini ialah Ganga Devi, I Am Kalam Bhati, Crook S.I. Joseph Pinto, Knock Out Bapuji,Andy, Love Story 2050 Dr Hoshi, Jumbo, Cape Karma, Dhokha dan Anthony Kaun Hai?

Selain itu, filem Taarzan: The Wonder Car, Ek Se Badkhar Ek (2003), Boom, Dudes in the 10th Century, Lajja, Air Panic dan 16 December.

Manakala, tiga projek filem barunya ialah Hello Mumbai

(filem Iran), The Future Generation (Kanada) dan Forbidden (Amerika Syarikat).

 ??  ?? Watak Abu Zar digambarka­n seorang warga Kashmir yang sangat jahat dalam filem ini dan ia berbeza dengan watak
sebenar saya di luar filem
Watak Abu Zar digambarka­n seorang warga Kashmir yang sangat jahat dalam filem ini dan ia berbeza dengan watak sebenar saya di luar filem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia